iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 30 Disember 2013

Tempahan pelancar roket air bagi tahun 2014

As salam...

Tempahan pelancar telah dibuka sekarang...guru2 yang berminat sila buat tempahan sekarang...hanya ada beberapa unit sahaja untuk dijual

Kepada guru2 yang membuat tempahan melalui whatsapps sila hubungi saya semula kerana  whatsapps saya bermasalah dan telah kehilangan no hp guru2 yang telah membuat tempahan

Rabu, 20 November 2013

Pameran Roket Air semasa JIJ (Johore International Jamboree)

Alhamdulillah kelab roket air telah dapat berkolebrasi dengan unit Pengakap Udara Daerah Segamat dan Unit Pengakap Muda/Remaja SMK Maokil bagi mengadakan pameran evolusi roket air sempena JIJ yang berlangsung di Hutan Bandar Kulaijaya dari 16-21 Nov 2013.

Di bawah ini cikgu paparkan beberapa gambar yang diambil semasa pameran berlangsung.





Selasa, 27 Ogos 2013

Jumaat, 21 Jun 2013

rakaman peristiwa semasa FST daerah segamat di SMK Seri Bali

Berikut merupakan gambar2 yang sempat dirakamkan semasa pertandingan roket air FST daerah segamat ...

Tahniah kepada pemenang...yang tak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan...

Isnin, 17 Jun 2013

cubaan pelancaran roket dengan video kamera

Alhamdulillah...percubaan pertama melancarkan roket air yang dipasang kamera video arial cam
 berjaya dilakukan...terima kasih kepada cg zainal yang sanggup meminjamkan kamera video arial cam nya utk pelancaran roket air tersebut...projek akan datang....ahli kelab akan meletakkan kamera yang lebih kecil supaya roket dapat terbang lebih tinggi dan dapat merakamkan video lebih lama

Selasa, 4 Jun 2013

makluman

Salam 1 m'sia

Pertandingan teknologi pelancaran roket sempena FST daerah segamat akan dilangsungkan pada 18-19 Jun 2013,  2 kategori akan dipertandingkan seperti biasa iaitu roket sasaran dan roket payung terjun. Kepada peserta2 yang terlibat boleh bersedia dengan roket masing2 dari sekarang. semoga berjaya.....

Isnin, 27 Mei 2013

Pertandingan roket air tertutup smk maokil kali ke 4

Salam 1 m'sia,

Makluman utk semua pelajar smk maokil men atas (Ting 4 dan 5) dan men rendah (Ting 1, 2 dan 3), pertandingan seperti di atas akan dilangsungkan selepas naik cuti pertengahan tahun nanti. 4 peringkat umur akan dipertandingkan iaitu lelaki men atas, perempuan men atas, lelaki men rendah dan perempuan men rendah. Sila bersedia dengan roket masing2. Latihan akan dijalankan pada minggu pertama naik  cuti sekolah.

hadiah dan sijil akan diberikan kepada pelajar2 yang berjaya nanti....selamat bercuti dan menghasilkan roket air masing2......

Selasa, 30 April 2013

SMK Maokil Mengekalkan kejaguhan bagi Tahun ke 3 Kategori R4

Salam 1 M'sia

Alhamdulillah, bagi tahun yang ke tiga berturut2 SMK Maokil masih lagi dapat mengekalkan kejaguhan dalam acara R4 - Kategori Roket Air Terbuka/Inovasi

Tahniah cg ucapkan kepada 2 orang pelajar yang masih dapat mengharumkan nama SMK Maokil di peringkat negeri iaitu:
1. Saudara Mohd Aizrul Izzral Bin Alias
2. Saudara Nadzmi Bin Abdul Rahman

From PTPR 2013 Negeri Johor Di KRAMSAU


walaupun tidak bernasib baik dalam pertandingan kategori R1 -pembentangan, R2- sasaran dan R3 - payung terjun tetapi keputusan bagi setiap satu kategori tersebut juga tidak menghampakan...
Keputusan bagi kategori R1, mereka mendapat tempat ke 8, bagi kategori R2- juga mendapat tempat ke 8 dan bagi kategori R3, nasib tidak menyebelahi mereka kerana catatan masa bagi roket payung terjun berjaya di pintas dalam pusingan ke 2 oleh SM Sains Kota Tinggi dan akhirnya mereka hanya berjaya menduduki tempat ke 4 shj....

Apapun cg ucapkan tahniah dan syabas...khas buat pelajar2 yang akan menyertai pertandingan pada tahun hadapan (jika berpeluang), sila lipat gandakan usaha anda bagi mencapai sasaran layak ke pertandingan PTPR kebangsaan di UM..

Isnin, 29 April 2013

Barisan guru pembimbing yang berdedikasi......

Salam 1 M'sia

Disebalik kejayaan pelajar......ada guru pembimbing yang sangat-sangat berdedikasi dan tidak jemu dalam memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada pelajar sehinggalah munculnya juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan semasa PTPR 2013 Negeri Johor...TAHNIAH CIKGU!!!...




Semoga dapat bertemu lagi pada tahun hadapan jika diizinkan tuhan. Anda semua memang HEBAT....

Rakaman peristiwa semasa PTPR 2013 Negeri Johor

Untuk tatapan peminat2 roket air.....




Ahad, 28 April 2013

Keputusan penuh PTPR 2013 Peringkat Negeri Johor

Tahniah kepada yang berjaya!!!

Keputusan Kategori R1 - Pembentangan

1. SMKA MAAHAD MUAR (A)
2. SMKA MAAHAD MUAR (B)
3. SMK SRI RAHMAT, JB

Keputusan Kategori R2 - Sasaran

1. SMK LAYANG-LAYANG, KLUANG
2. SMK TAMAN MUTIARA RINI, JB
3. SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Keputusan Kategori R3 - Payung Terjun

1. SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
2. SM SAINS KOTA TINGGI
3. SMK DATO' AHMAD ARSHAD, SEGAMAT

Keputusan Kategori R4- Terbuka

1. SMK MAOKIL, SEGAMAT
2. SMK TAMAN MUTIARA RINI, JB
3. SMK KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Keputusan Johan Keseluruhan
SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI

Tahniah kepada pelajar dan guru pembimbing SMK TMN KOTA JAYA, KOTA TINGGI kerana dapat mewakili negeri Johor ke pertandingan PTPR 2013 di UM pada 1-4 September 2013 nanti.ami semua doakan kejayaan anda di sana nanti.
Kepada pasukan yang tak berjaya, cuba lagi pada tahun-tahun hadapan.

Sabtu, 27 April 2013

keputusan PTPR 2013 Peringkat Negeri Johor

Salam 1 M'sia

Alhamdulillah, setelah berpanas dan berhujan selama 3 hari dari 24 - 26 April 2013 maka selesailah sudah PTPR 2013 Peringkat Negeri Johor. Pelbagai ragam pelajar yang sempat cg rakamkan sepanjang sesi pembinaan roket air, pembentangan teori roket air, pertandingan roket sasaran, roket payung terjun dan roket terbuka/inovasi berlangsung. Tahniah cg ucapkan kepada yang berjaya membawa pulang trofi kemenangan, dan yang tidak berjaya bukannya anda gagal tetapi ada yang lebih baik dikalanagan anda yang berjaya. Anda semua adalah bakal saintis yang bakal memacu negara ke arah penerokaan bidang sains aeroangkasa. Tidak mustahil satu masa nanti anda bakal menjadi seorang angkasawan/ seorang saintis yang tersohol di malaysia dan di dunia....amin

Berikut merupakan rakaman semasa sesi pembinaan roket air




                     
Keputusan penuh dan rakaman gambar yang lain akan dimuat naik sedikit masa lagi,
harap bersabor ya...

Ahad, 21 April 2013

makluman


Salam 1 Msia..

Makluman kepada peserta-peserta PTPR 2013 Peringkat negeri Johor akan berlangsung pada 24-26/April ini di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru, Kota Tinggi (KRAMSAU).
Sila bersedia dari sekarang...pertandingan adalah mengikut format PTPR 2013 Kebangsaan yang akan berlangsung pada 1-4 September 2013 di Kuala Lumpur.

4 kategori akan dipertandingakan nanti
1. Pembentangan dalam Bahasa Inggeris teori berkaitan roket air - markah 20%
2. Roket sasaran - markah 60%
3. Roket payung terjun - markah 10%
4. Inovasi - roket yang dibina menggunakan sekurang-kurangnya 3 botol 1.5L - markah 10%

Jumpa di KRAMSAU nanti...

Jumaat, 15 Mac 2013

makluman

Pertandingan teknologi pelancaran roket air tertutup Maokil akan berlangsung pada bulan APRIL nanti, Semua peserta yang berminat bolehlah mula berlatih sekarang, Cg akan sediakan pelancar dan pam, mana2 pelajar yang berminat utk mengadakan latihan sebelum pertandingan berlangsung bolehlah meminjam pelancar dan pam dari pada cg.

Kategori pertandingan A) Roket Payung Terjun  B) Roket Sasaran jarak sasaran 80
Kategori Pertunjukkan : Roket payload- masa paling pantas untuk membawa telur menyentuh bumi dan syaratnya telur tidak pecah....

Selamat menghasilkan roket air anda.....

Khamis, 14 Mac 2013

idea Roket H2O generasi baru





rekabentuk yang perlu dicuba oleh para pelajar dan guru...
tunggu beberapa rekabentuk baru lagi yang akan diketengahkan untuk percubaan bagi ahli2 kelab roket air
selamat mencuba...jadilah seorang yang kreatif..dan berani mencuba...


Jumaat, 22 Februari 2013

Salam untuk Semua

alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga untuk mengemaskini blog ini setelah sekian lama terbiar selepas cuti akhir tahun persekolahan 2012.

Pejam celik-pejam celik dah pun nak masuk bulan Mac...maka bermulalah penganjuran pertandingan-pertandingan dalaman peringkat sekolah dan daerah bagi acara roket air...Insyallah pada tahun ini cg akan cuba untuk terbitkan bagaimana untuk menghasilkan roket yang berlainan daripada kebiasaan yang dilakukan pada pertandingan peringkat sekolah ataupun daerah.

Sebenarnya, banyak kategori pertandingan roket air yang boleh dijalankan bagi mengelakkan pelajar daripada bosan untuk memasuki pertandingan tersebut. Kebiasaan yang paling senang sekali adalah kategori pertandingan pelancaran roket air paling jauh...dan yang paling sukar ialah pertandingan kategori terbuka...yang memerlukan gabungan mekanisma tambahan samada elektronik atau lain-lain

Apapun kategori pertandingan yang dijalankan semuanya menjurus kepada menanam minat pelajar ke arah meneroka bidang sains angkasa lepas...

selamat mencuba pelbagai idea yang kreatif....