iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Rabu, 17 Oktober 2012

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Sasaran dan Payung Terjun



Pada 13 Oktober yang lalu, satu pertandingan roket air sempena Karnival Kokurikulum Negeri Johor 2012 telah berlangsung di SK Benut Pontian Johor. Setiap daerah di negeri johor dikehendaki menghantar satu pasukan mewakili daerah masing-masing.Tahniah diucapkan kepada hisyamudin dan mohamad akmal yang telah terpilih mewakili sekolah dan daerah segamat ke pertandingan roket air tersebut.

Alhamdulillah....setelah bertungkus lumus menyiapkan roket air dan berlatih...akhirnya kita berjaya mendapat satu hadiah yang dipertandingkan bagi kategori roket payung terjun...bagi Roket air sasaran, nampaknya kena berlatih lebih bersungguh-sungguh kerana dua kali percubaan pada jarak 80 m hanya sejenkal terkeluar daripada bulatan sasaran garisan luar...takpe mungkin tiada rezeki untuk tahun ini.....

 


Walaubagaimanapun buat din dan akmal... Anda berdua sememangnya hebat kerana berjaya mendapat johan kategori Roket Payung Terjun...Tahniah