iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Rabu, 7 Disember 2011

ebook (power point slide show)- asas pembinaan roket air dan tips

For Teachers or water rocket fans //
Utk guru2 atau peminat2 roket air

Get power point show to know how to build a simple water rocket //
Dapatkan persembahan 'powerpoint' di bawah untuk mengetahui bagaimana asas membina roket air

Setiap slide yang disediakan mempunyai penerangan terperinci dan urutan gambar langkah2 menghasilkannya.
Nota:
Untuk mendapatkan ebook power point show - asas membina roket air dan tips ini, sedikit sumbangan anda diperlukan iaitu sebanyak RM30 (harga promosi) bg mempertingkatkan laman blog ini, harap maklum.

Harga ini akan dinaikkan setelah  10 orang pertama membuat bayaran bagi mendapatkan ebook powerpoint slide show ini. Jadi bertindaklah sekarang untuk mendapatkan harga promosi ini.
Dengan RM30 tersebut anda bukan sahaja akan mendapat CD powerpoint slide show asas membina roket air dan tips tetapi anda juga akan memperolehi 3 buah ebook (b. Inggeris) yang dikarang oleh pakar secara percuma // (for free) berkaitan dengan roket air iaitu:

1. Introduction to water rocket // Pengenalan kpd roket air ( 47 halaman / format pdf )
2. Water rocket handbook // Buku nota roket air ( 137 halaman / format pdf)
3. Model Rocketry Technical manual (16 halaman / format pdf)

Powerpoint shows ini sesuai digunakan oleh guru2 penasihat kelab rekacipta/roket sekolah untuk perbengkelan kepada ahli kelab / pelajar2 tentang asas bagaimana menghasilkan roket H2O ataupun untuk persediaan pelajar2 kepada pertandingan teknologi pelancaran roket H2O. Terdapat lebih kurang 163 slide yang disertakan dengan gambar-gambar dan penerangan ringkas bagi setiap gambar. Dengan melihat gambar yang disediakan sahaja, insyallah anda dapat menghasilkan roket air dengan baik. Bagi yang membeli CD ini bantuan khidmat nasihat juga disediakan sehingga anda berjaya menghasilkan satu roket air anda yang baik.


Tajuk2 yang dibincangkan dalam power point slide show- asas pembinaan roket air dan tips ialah seperti di bawah:

1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3. KONSEP / TEORI
4. BAGAIMANA MEMBINA ROKET H2O


a. PERALATAN
b. MUNCUNG (NOSE CONE)
c. BADAN
d. SAYAP
e. REKABENTUK ROKET SASARAN / JARAK JAUH
f. ROKET PARACUT / PAYUNG TERJUN
g. PELANCAR ROKET RINGKAS


4. LANGKAH2 KESELAMATAN
5. TIP UNTUK PERTANDINGAN (bahasa Inggeris)

Anda tidak perlu membazirkan masa menyediakan bahan dan hanya perlu mendapatkan CD powerpoint slide show- asas pembinaan roket air dan tips ini dan tayangkan kepada peserta. Powerpoint shows ini dibuat dengan menarik untuk memberi kefahaman kpd peserta2 yang langsung tiada asas kepada roket air. Anda juga akan memperolehi 3 buah ‘ebook’ (english) secara percuma berkaitan dengan roket h2o yang dihasilkan oleh pakar yang sudah lama membabitkan diri dengan ‘water rocket’. Buku ini tiada dijual dipasaran dan hanya boleh diperolehi dilaman blog ini sahaja.

Selain daripada itu di dalam CD ini juga, anda ditunjukkan bagaimana membina pelancar roket air ringkas anda sendiri.

Kepada yang berminat sila hubungi no hp saya 013-7394353 bagi mendapatkan no akauan bank saya. Pembayaran boleh dilakukan melalui :


                            maybank2u.com.my       my bsn.com.my

                 Transfer melalui mesin atm                      Cash deposit

Wang pos



Terima kasih
azmi j

Jumaat, 18 November 2011

Salam 1 malaysia

Selamat bercuti kepada semua pelajar2.......

Kepada yang berminat untuk menempah pelancar roket air bagi tahun hadapan masih lagi dibuka......
Saya akan siapkan sebanyak mungkin yang terdaya pada cuti persekolahan ini...kalau rajin ler...hehehehe
harga masih lagi RM200 bagi yang menempah awal pada bulan April nanti harga akan dinaikkan kepada RM250 harap maklum...

terima kasih....


azmi j

Sabtu, 12 November 2011

Keputusan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Air Cabaran Selepas PMR


Tahniah cg ucapkan kpd wan mohd nizam dan mohd hanapezee yang masih lg mengekalkan kejaguhan mereka di daerah segamat dalam pertandingan roket. Anda berdua merupakan penyumbang utama dalam kemenangan pasukan SMK Maokil. Tahniah cg ucapkan kerana berjaya menggondol hadiah bagi kategori Roket Sasaran ( Johan ), tempat ke 5 roket paracut dan telah mendapat Johan Keseluruhan Pertandingan roket air cabaran selepas PMR Daerah Segamat tahun 2011. Tahniah dan syabas cg ucapkan...kepada pelajar2 yang bakal menggantikan wan mohd nizam dan mohd hanapezee pada tahun hadapan tunjukkan kesungguhan dan kejaguhan anda....anda boleh lakukan....

Selasa, 1 November 2011

Roket Air Generasi Baru - Kategori Terbuka



Kepada pelajar yang berminat boleh mencubanya....jadilah seorang yang kreatif untuk menghasilkan roket air yang menyerupai roket sebenar. Insyallah cg dan pelajar2 cg sedang dalam projek untuk menghasilkan roket air 2 peringkat (2 stage- water rocket). Jika berjaya cg akan kongsikan maklumat berkaitan dengan roket air 2 peringkat dengan peminat2 semua. jangan lupa untuk sentiasa melawat ke laman blog ini untuk maklumat lebih lanjut...

Isnin, 31 Oktober 2011

Makluman..

Kepada pelajar2 di daerah segamat, satu surat berkaitan dengan pertandingan roket air bagi pelajar2 selepas PMR telah dihantar ke sekolah masing2. Sila berurusan dengan guru penasihat roket air sekolah masing2. Pertandingan akan diadakan pada 10 /11/2011 nanti

Khamis, 27 Oktober 2011

Pelancar roket air yang di ubahsuai......

Salam 1 malaysia,

Nie adalah gambar pelancar roket air / roket botol / roket h2o yang cg telah diubahsuai untuk memenuhi permintaan peminat2 roket h2o yang berada jauh dari johor @ di seberang lautan..

Pandangan sisi


Pandangan sisi


Pandangan depan

Pandangan atas

Pemegang Badan Roket dan Injap angin masuk boleh ditanggalkan. 

Ciri2:
1. Saiz pelancar 39cm X 42 cm (Separuh saiz dari pelancar asal)- mudah dibawa dan penyimpanan
2. Berat lebih kurang 3 kg. (lebih ringan, pelancar asal berat 10 kg)
3. Mempunyai 1 injap keluar angin & air shj
4. Boleh digunakan untuk melancarkan roket jarak jauh / sasaran
5. Boleh digunakan untuk melancarkan roket payung terjun / payload
6. Alat ganti senang diperolehi....boleh order dari saya ha,ha,ha.....
7. Senang dibawa ke mana2
8. InsyaAllah selamat jika digunakan dgn betul
9.Sesuai digunakan utk aktiviti riadah keluarga @ aktiviti melancarkan roket air kelab rekacipta sekolah
10. Harga amat rendah jika dibandingkan dgn pelancar yang ada dipasaran RM1500++
11. Injap angin dan pemegang botol boleh dibuka bagi tujuan penyimpanan dan penggantian yang baru.

p/s: Segala kerosakkan/kecederaan disebabkan penggunaan pelancar roket h2o ini adalah atas tanggungjawab pembeli sendiri.

"HARGA BARU BULAN APRIL 2012,
HARGA SEKARANG RM250 SEUNIT TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK-TAMBAHAN RM50 BAGI KOS PENGHANTARAN)
PENGHANTARAN DALAM MASA 3-7 HARI BEKERJA-MELALUI POS LAJU/SKYNet.
HARAP MAKLUM. SILA BUAT TEMPAHAN SEKARANG....


"HARGA PROMOSI BULAN SEPT 2010 BAGI 10 UNIT SHJ - RM250 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (SABAH/SARAWAK TAMBAHAN RM50- KOS PENGHANTARAN)"

Harga bukan RM450....., Bukan RM350....... hanya RM300  untuk 10 unit terakhir sahaja.....
terima kasih.....sedia menerima tempahan, siapa cepat dia dapat hanya ada 10 unit sahaja....sebelum harga dinaikkan. Sila buat tempahan sekarang.  Sila SMS/Call 013-7394353 utk tempahan.

Sebarang Pertanyaan @ Untuk mempercepatkan urusan jual beli sila SMS/call 013-7394353(Azmi)

Khamis, 20 Oktober 2011

Perbengkelan roket Air di SK Maokil 2 bagi kali ke 3 - Program selepas UPSR

Alhamdulillah, sekali lagi perbengkelan roket air dapat diadakan dengan jayanya di SK Maokil 2. Sebanyak 9 kumpulan pelajar tahun 6 yang sedang menunggu keputusan UPSR telah berjaya menyiapkan roket air jarak jauh dan roket air payung terjun masing2 dengan dibantu oleh 4 orang fasilitator daripada sekolah menengah iaitu Saudara Fazli, Fikri, Wan dan Anafizi (pelajar ting 3 smk maokil 2011). Terima kasih di ucapkan kepada cikgu rosli yang telah menjemput cikgu untuk program selepas UPSR ini dan juga tidak lupa kepada En Ravi, GPK Kokurikulum SK Maokil 2 yang sama2 mengikuti perbengkelan tersebut.

Berikut merupakan gambar2 yang sempat cikgu rakamkan semasa perbengkelan tersebut berlangsung.

Rabu, 19 Oktober 2011

Roket Air Sensitif Kelajuan...mekanisma aktif untuk mengeluarkan payung terjun



mekanisma yang membantu mengeluarkan payung terjun



Pengunci yang sensitif kepada kelajuan akan ternaik ke atas pada puncak ketinggian roket air


Getah gelang disambungkan di bahagian kiri dan kanan (pada bahagian yg berwarna hijau)

ujian pelancaran roket air mekanisma aktif - roket air sensitif kelajuan

Isnin, 17 Oktober 2011

Illustrasi roket air mekanisma aktif untuk mengembangkan payung terjun

Salam 1 msia,

Pada catatan hari ini saya akan memperkenalkan satu lagi mekanisma aktif untuk mengeluarkan dan mengembangkan payung terjun. Mekanisma ini saya namakannya mekanisma sensitif kelajuan. Mekanisme ini akan dibengkelkan kepada pelajar2 Ting 3 bagi pengisian program selepas PMR 2011. Pengujian & pertandingan akan dijalankan selepas seminggu daripada bengkel berlangsung. Ini adalah bagi memberi peluang kepada pelajar2 untuk menambah baik roket masing2 dan juga menambahbaik mekanisma sensiti kelajuan yang dihasilkan oleh mereka.....

Illustrasi diagram roket yang dipasangkan mekanisma sensitif kelajuan adalah seperti di bawah:





 Gambar sebenar akan dimuatnaik selepas pelajar2 menghasilkan roket air masing2 dalam perbengkelan nanti..tunggu ya...

Khamis, 13 Oktober 2011

Hai...

Are you working on a school water rocket contest?


Do you like building your own water rocket?

Do you need a design for a high-performance water rocket?

Do you need a rocket launcher to launch your water rocket?

Are you a teacher looking for help with your water-rocket science project or contest?



You've come to the right place!

Rabu, 12 Oktober 2011

KEPUTUSAN PERTANDINGAN PTPR UNIVERSITI MALAYA 2011

SMK Merchang ungguli teknologi roket



WAKIL peserta dari SMK Merchang iaitu (dari kanan) guru pengiring, Othman Ariffin, bersama pelajarnya, Khairul Afiq Ahmad Muhid dan Muhammad Faiz Azmi Sharan menerima piala kemenangan daripada Mustafa.
--------------------------------------------------------------------------------

PERTANDINGAN Teknologi Pelancaran Roket 2011 Peringkat Kebangsaan (PTPR2011) anjuran Agensi Angkasa Negara yang berlangsung baru-baru ini menyaksikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang dari Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Program tersebut diadakan dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Universiti Malaya (UM).

Berlangsung di Padang Varsiti, UM, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket merupakan suatu kaedah terjemahan penggunaan dan penerapan minat dalam bidang sains angkasa kepada para pelajar dan masyarakat secara amnya.

Dalam pertandingan selama tiga hari itu, para peserta dikehendaki mereka dan mencipta model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter. Model roket itu digunakan untuk melakukan beberapa misi pelancaran ke udara.

Bagi melancarkan roket, para peserta hanya dibenarkan untuk menggunakan alatan pelancar serta kombinasi tekanan air dan udara. Pemahaman mengenai konsep dan aplikasi sains adalah penting untuk diadaptasi ketika menghasilkan roket air tersebut.

Pertandingan itu terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Seramai 32 peserta daripada 16 buah pasukan mewakili 13 buah negeri dan tiga wilayah persekutuan telah menyertai pertandingan pada tahun ini.

PARA peserta dikehendaki mereka model roket air menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter.


--------------------------------------------------------------------------------
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara, Dr. Mustafa Din Subari berkata setelah sembilan tahun program tersebut dilaksanakan, ia telah menjadi semakin matang.

"Ini dapat dilihat dengan daya kreativiti para peserta. Malah, saya juga difahamkan bahawa format pertandingan PTPR2011 kali ini meliputi aspek-aspek teknikal seperti pembentangan projek, ketepatan sasaran, payung terjun dan juga aspek lain yang berkaitan.

"Saya melihat bahawa pendekatan ini adalah amat penting. Selaras dengan Program Penggalakan Sains Dan Matematik 2011 dan Tahun Sains Malaysia 2012 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), kami berharap pertandingan ini dapat membantu para pelajar kepada pemikiran lebih kreatif dan inovatif," kata beliau yang menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Ternyata, kejayaan yang diperoleh SMK Merchang tidak sia-sia. Setelah lima tahun mencuba nasib tanpa jemu, akhirnya kemenangan berpihak pada mereka.

Sebagai juara, pasukan sekolah itu menerima Piala Pusingan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, piala dan pingat emas, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop Astroview 100mm EC Refractor dan Kit DIY Galileoscope.

Mereka juga akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Asia Pasifik APRSAF-18 Water Rocket Event pada bulan Disember ini di Singapura.

Tempat kedua telah dimenangi oleh SMK Sungai Besar, Selangor. Pasukan ini membawa pulang piala perak dan pingat perak, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop SpaceProbe 130 EQ Refractor dan Kit DIY Galileoscope.

Sementara itu, pasukan SMK Abi dari Perlis menduduki tempat ketiga dan menerima piala dan pingat gangsa, sijil kecemerlangan, sebuah Teleskop Starblast 4.5 EQ Reflector dan Kit DIY Galileoscope.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Roslina Mohd. Roslin dan Dekan Fakulti Kejuruteraan, UM, Prof. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor.

Sumber : Harian Kosmo 12/10/2010
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Isnin, 3 Oktober 2011

Pengumuman.....

Saya hanya menjual pelancar roket air  (RM200) dan CD bagaimana untuk menghasilkan roket air yang  baik (RM30) dan tidak menjual roket air /roket botol harap maklum......

tempahan bagi pelancar roket air dan CD roket air masih boleh dibuat sekarang sebelum harga dinaikkan...harap maklum......

Isnin, 26 September 2011

Pengumuman


Salam 1 M'sia

Satu bengkel menghasilkan roket paracut dan pertandingan akan diadakan selepas peperiksaan PMR 2011 bagi pelajar-pelajar Ting 3 daerah Segamat. Anjuran bersam antara Unit Koakademik dan SMK Maokil. Pelajar-pelajar dan guru penasihat yang berminat sila tunggu surat daripada PPd segamat.

Cadangan Bengkel: membina roket paracut yang menggunakan mekanisma aktif untuk mengeluarkan payung terjun.

terima kasih

Sabtu, 27 Ogos 2011

Salam EidulFitri.....

kad raya Pictures, Images and Photos

Kepada semua peminat2 roket air...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI....yang bakal tiba nanti, semoga bergembira selalu.....

Selasa, 16 Ogos 2011

Gimik Pelancaran Minggu Sejarah 2011

Kepada ahli Kelab Roket Air,

Satu gimik pelancaran roket air yang mengeluarkan asap putih sama seperti pelancaran roket betul2 punya akan dilakukan sempena Minggu Sejarah akan datang...

semua ahli kelab diminta bersedia dengan konsep pelancaran masing2. Peserta yang terbaik akan dipilih untuk mempersembahkan gimik pelancaran semasa merasmikan minggu sejarah nanti....

Hasil kan satu idea yg paling kraetif..... selamat mencuba...

Jumaat, 5 Ogos 2011

Salam 1 Malaysia

Maaf kerana tidak dapat untuk menghantar post terbaru berkaitan dengan roket air, sekarang tengah sibuk dengan program kecemerlangan pendidikan di peringkat daerah dan sekolah.

Untuk makluman semua pelajar2 di daerah segamat

sebagai persediaan FST tahun hadapan, satu bengkel pembinaan roket air akan diadakan selepas peperiksaan UPSR dan PMR bagi pelajar2 tahun 6 sekolah rendah dan tingkatan 3 sekolah menengah. Maklumat lanjut akan disiarkan dalam blog ini sedikit masa lagi....

harap maklum...

Rabu, 25 Mei 2011

PTPR 2011 Negeri Johor

PTPR Negeri Johor 2011 telah berlangsung di SMK Seri Kenangan pada 24-26 Mei 2011

Berikut merupakan gambar2 semasa pertandingan yang dapat dirakamkan



keputusan penuh akan dimuatnaik sedikit masa lagi, sila berkunjung ke laman ini semula

KEPUTUSAN PENUH
1. Rekabentuk Roket Air - SMK Maokil

Selasa, 24 Mei 2011

PTPR 2011

 

Carta alir perjalanan program Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Tahun 2011 (sumber: ANGKASA)

State Level PTPR2011*
April – 23 July 2011
National Level PTPR2011
24 – 26 July 2011 (Sunday – Tuesday)
Varsity Green, University of Malaya
Kuala Lumpur
APRSAF-18 Water Rocket Event
December 2011
Singapore
Note: *The State Level PTPR2011 will be organized by the State Education Department.

Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru

Selamat menyambut hari Guru kepada semua guru2 di Msia....jasa dan pengorbanan anda amat dihargai dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat...

Pertandingan Roket Air Peringkat Negeri Johor

Salam 1 M'sia

Pertandingan roket air bagi peringkat Negeri Johor akan berlangsung pada 25-26 Mei nanti di daerah Segamat, Cg doakan semoga pada tahun ini SMK Maokil yang mewakili daerah segamat akan mendapat kejayaan yang membanggakan.

Kepada Wan dan Hanapeze, kuatkan semangat dan gandakan usaha, jgn mudah berputus asa...anda tentu berjaya.

Sila kembali semula ke laman blog ini untuk melihat gambar2 semasa pertandingan dan keputusan pertandingan nanti, cg akan cuba mendapatkan gambar2 semasa pertandingan nanti. Bagi yang berkelapangan masa dijemput ke Segamat bagi memeriahkan acara.

tq

Khamis, 12 Mei 2011

Are you working on a school water rocket contest?

Do you like building your own water rocket?

Do you need a design for a high-performance water rocket?

Do you need a rocket launcher to launch your water rocket?

Are you a teacher looking for help with your water-rocket science project or contest?


You've come to the right place!

Khamis, 5 Mei 2011

Pencapaian sehingga tahun 2013


2013-Johan Kategori Roket Terbuka PTPR Negeri Johor 2013
2013-Tempat ke 8 keseluruhan PTPR Negeri Johor (drpd 19 pasukan yang menyertai PTPR)
2013-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri PTPR di KRAMSAU Desaru, Kota Tinggi


2012-Johan Roket Payung Terjun Sempena Karnival Kokurikulum Negeri Johor 2012
2012-Tempat ke 2, Roket Payung Terjun FST Peringkat Negeri Johor
2012-Wakil daerah segamat ke Pertandingan Negeri FST di Pontian
2012-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket daerah Segamat (FST)
2012-Tempat ke 2 Roket Payung Terjun Daerah Segamat (FST)
2012-Tempat ke 3 Roket Sasaran Daerah Segamat (FST)

2012-Johan Kategori Roket Terbuka PTPR Negeri Johor
2012-Tempat ke 9 keseluruhan PTPR Negeri Johor (drpd 29 pasukan yang menyertai PTPR)
2012-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri PTPR di ADTEC Bt Pahat 

2011-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Cabaran Selepas PMR Daerah Segamat
2011-Johan Roket Sasaran Cabaran Selepas PMR Daerah Segamat

2011-Johan kategori Roket Reka Bentuk Terbaik Negeri Johor
2011-Tempat ke 2 Roket Sasaran Negeri Johor
2011-Tempat ke 3 Roket Payload Negeri Johor
2011-Tempat ke 3 Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Negeri Johor
2011-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri
2011-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat
2011-Johan Roket Sasaran Daerah Segamat
2011-Tempat ke 2 Roket Payung Terjun Daerah Segamat

2010-Johan Keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Sempena Karnival KoKurikulum Parlimen Pagoh
2010-Johan Roket Sasaran Sempena Karnival Kokurikulum Parlimen Pagoh
2010-Johan keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Jemputan Maokil
2010-Tempat ke 3 Roket Sasaran Daerah Segamat

2009-Wakil Daerah ke Pertandingan Negeri
2009-Tempat ke 2 keseluruhan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat
2009-Tempat ke 2 Roket Sasaran Daerah Segamat
2009-Tempat ke 3 roket Payung Terjun Daerah Segamat

2008-Johan Roket Payung Terjun peringkat Negeri Johor
2008-Wakil daerah ke Pertandingan Negeri
2008-Johan keseluruhan teknologi pelancaran roket menengah rendah Daerah Segamat
2008-Johan Roket Sasaran menengah rendah Daerah Segamat
2008-Tempat ke 3 Roket Payung Terjun menengah rendah Daerah Segamat
2008-Johan Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2007-Tempat ke 3 Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2006-Tempat ke 4 Roket Payung Terjun menengah atas Daerah Segamat

2005-Penyertaan

2004-Penyertaan

Rabu, 4 Mei 2011

Keputusan Teknologi Pelancaran Roket 2011 Daerah Segamat

Salam 1 msia

Keputusan penuh dan gambar2 yang lebih banyak semasa pertandingan teknologi pelancaran roket akan dimuatnaik sedikit masa lagi....sila lawati semula laman blog ini......




KEPUTUSAN

ROKET PAYUNG TERJUN
No 1 : SMK Buluh Kasap (masa maksimum - 15 minit/hilang dari pandangan)
No 2 : SMK Maokil (11 minit - hilang dari pandangan)
No 3 : SMK Dato' Ahmad Arshad (5 minit 21.25 saat)

ROKET SASARAN
No 1 : SMK Maokil (jarak dari bull's eye - 1.78 m)
No 2 : SMK Seri Kenangan
No 3 : SMK Dato Ahmad Arshad

JOHAN KESELURUHAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2011 DAERAH SEGAMAT
SMK MAOKIL

Tahniah diucapkan kepada pelajar2 yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.














Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T.....Bagi anak2 buah cg.....wan mohd nizam b wan esa dan Mohamad Hanapeze bin Md Yusuf...cg ucapkan syabas! anda semua boleh lakukan jika ada keinginan dan semangat tidak mudah mengalah.....tahun ini misi kita adalah untuk mewakili negeri johor ke pertandingan kebangsaan yang akan diadakan selepas cuti pertengahan penggal nanti di negeri Selangor...  semoga cubaan kali ke 3 smk maokil ke pertandingan peringkat kebangsaan dan pertandingan Universiti Malaya akan berhasil pada tahun ini....

Khamis, 28 April 2011

Makluman Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2011 Prgkt Daerah Segamat

Salam,

Pertandingan teknologi pelancaran roket daerah segamat sempena FST Daerah segamat akan diadakan pada 4/5/2011 di padang SMK Seri Kenangan. Diminta sekolah2 yang berminat untuk bersedia daripada sekarang....Hanya 2 kategori yang akan dipertandingkan pada prgkt Daerah iaitu Sasaran (90 meter) dan Payung terjun. Pembahagian mata seperti tahun lepas iaitu 60% bagi sasaran dan 40% bagi payung terjun.... harap maklum..

Isnin, 25 April 2011

Payung terjun generasi baru 2011

Alhamdullilah, masih lagi hari yang tidak menghampakan.....nie gambar payung terjun yang dicuba pada hari ini...



Dan ini adalah masa yang dicatatkan bagi 2 kali pelancaran

Tahniah kepada pelajar yang sama2 membuat eksperimen tentang saiz payung, berat kon dan payung, dan juga bentuk roket air yang sesuai....

semoga usaha anda pada tahun ini akan membuahkan sesuatu kepada kelab roket air smk maokil pada tahun 2011....amin.....

Ahad, 24 April 2011

Parachutes

Consistency is an issue with parachutes. I am including a link to a design my son followed and set an unofficial record at a Science Olympiad competition. The time stopped when the rocket was no longer visible.

We have had issues with diployment, but this design increased our success to about 80%. Changing the chute material to umbrella material helped tremendously. (Although it is heavy...but if it deploys and there is any wind, it will take off...ours actually went up for some time before leveling off and floating away on the breeze.) We joked that my son was the reason this year's design excluded parachutes.

The design needed quite a bit of modification to be legal for science olympiad. I can send you pictures and video is you need it.
http://dogrocket.home.mindspring.com/WaterRockets/chute.html

Good Luck,

Helen

Sabtu, 23 April 2011

video pelancaran roket paracut

Alhamdullilah, setelah berpenat menyediakan saiz paracut baru dgn bahan yg baru bersama pelajar, akhirnya....berbaloi....3 kali pelancaran 2 kali berjaya kembang dgn cantik dan kon terpisah drpd badan roket pada puncak ketinggian....satu kali lg payung terlekat pada badan roket....

nak tengok klik kat sini

cubaan 1

cubaan 2

cubaan 3

samb cubaan 3

Selasa, 19 April 2011

Roket Air Sasaran dan Roket Air Payung Terjun

Assalamualaikum dan salam 1 m'sia

Pelajar2
Bagi menghasilkan roket air yang baik, samada bagi kategori sasaran dan payung terjun memerlukan ketelitian semasa menghasilkannya sama lah seperti realiti pembuatan roket angkasa lepas. Mesti bebas daripada sebarang kecacatan (zero defect). Baru lah roket air yang anda hasilkan akan menepati sasaran dan terbang paling lama di udara

Perkara2 yang perlu diambil kira semasa menghasilakan roket air
a) bilangan sayap,
b) kedudukkan sayap,
c) saiz sayap,
d) bentuk sayap
e) sayap mesti selari antara satu sama lain
f) bentuk kon
g) berat kon
h) saiz kon
i) saiz payung terjun(diameter)
j) Jenis plastik yg digunakan utk membuat payung terjun
k) bilangan tali payung terjun
l) panjang tali payung terjun
m) berat keseluruhan roket

semua perkara2 di atas perlu ada dalam pemikiran pelajar2 yang akan menghasilkan roket air.
Untuk mendapatkan rekabentuk yang terbaik tiada cara mudah dapat dilakukan semuanya memerlukan ujikaji bagi setiap perkara yang cg nyatakan di atas. Setiap kali pelajar melakukan ujikaji, keputusan perlulah dicatatkan dalam buku log supaya senang untuk di analisa dan dibuat kesimpulan bagi menghasilkan roket air yang terbaik
Roket air yang terbaik terhasil selepas cubaan dan ubahsuai beberapa kali. Oleh itu jangan malas dalam membuat ujikaji....

....semoga berjaya menghasilkan roket air yang terbaik...

Ahad, 17 April 2011

Pelancar Roket Air : Pemegang botol

Jika pemegang botol yang saya hantar ketat sedikit apabila dimasukkan botol, maka apa yang boleh dilakukan ialah:

1. Cuba dahulu dengan menggunakan botol 1.5L jenis yang lain (100plus, merinda, 7up, coke, lemonade dll)

2.Jika masih menghadapi masalah yang sama pada semua jenis botol, kikis sedikit bahagian pemegang botol yang ketat tersebut.

Jangan mengikis terlalu banyak kerana akan menyebabkan air terkeluar melalui pemegang botol semasa pelancaran nanti...

saya akan muatnaikkan gambar bagaimana untuk mengikis pemegang botol tersebut sedikit masa lagi....

terima kasih

Khamis, 14 April 2011

Pertandinagan Teknologi Pelancaran roket jarak jauh dan paracut 2011

Alhamdulillah, sekali lagi kelab Roket, rekacipta dan inovasi bersama2 unit sains dan matematik telah berjaya menganjurkan pertandingan teknologi pelancaran roket air bersempena minggu sains, matematik dan teknologi bagi tahun 2011

keputusan penuh dan gambar2 semasa pertandingan akan dimuatnaik ke laman blog ini sedikit masa lagi...harap bersabar......





Keputusan pertandingan teknologi pelancaran roket air
Pada tahun 2011 ini sebanyak 18 pasukan telah menyertai pertandingan bagi kategori menengah rendah (roket air jarak jauh) dan sebanyak 14 pasukan telah menyertai bagi kategori menengah atas (roket payung terjun).

Tahniah cg ucapkan kepada semua peserta kerana menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada tahun lepas....berikut merupakan pemenang bagi kategori men rendah dan men atas:


Roket air jarak jauh
Tempat ke 3 (jarak - 123.2 m)
1. Mohd Syafiqah b Md Shahid
2. Mohd Zulhafiz b Zakaria

Tempat ke 2 (Jarak - 125.5 m)
1. Mohd Afiq b Yazid
2. Hakim b Shahid

Johan (Jarak - 129.1 m)
1. Muhammad Amirul Faeez b Suhaimin
2. Mohd Akmal Zulhilmi b Anuar

Roket Air Payung Terjun
Tempat ke 3 (catatan masa - 44:62 s)
1. Muhammad Firdaus b Senawi
2. Mohd Azam b Ramly

Tempat ke 2 (catatan masa - 44:81 s)
1. Muhd Sukry b Hameruddin
2. Sabri b Abdullah

Johan (catatan masa - 1:05:12 s)
1. Muhammad Nur Asyraf b Abd Ghani
2. Muhammad Lokman b Sulaiman

Sekali lagi cg ucapkan tahniah untuk pemenang dan yang tidak berjaya cuba lagi. Insyallah kalau belia maokil sedia utk menganjurkan terbuka maokil cg sedia untuk menjadi pegawai teknikal bagi membantu belia....

Selasa, 12 April 2011

Minggu Sains SMK Maokil

Tahniah cg ucapkan kepada ahli kelab rekacipta, roket dan inovasi smk maokil kerana berjaya melaksanakan gimik pelancaran sempena minggu Sains, Matematik dan Teknologi SMK Maokil iaitu melancarkan 3 roket payung terjun ke udara secara serentak.

Ketiga2 roket payung terjun kembang dengan cantik diudara dan telah mendapat tepukkan yang gemuruh daripada semua warga smk maokil. Syabas! cg ucapakan kepada 6 orang pelajar yang terlibat.....nanti cg belanja dan kasi sijil ya.........





Kepada warga SMK Maokil yang berminat menyertai pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Jarak jauh (Kategori Men rendah) dan Roket Payung Terjun (Kategori Men Atas) sila bersedia dari sekarang. Pertandingan akan dijalankan pada petang Khamis 14/4/2011

Kepada peminat blog ini, tunggu cg muat naikkan gambar2 yang menarik semasa perasmian Minggu Sains, Matematik dan Teknologi dan juga gambar2 semasa pertandingan nanti...tq

Sabtu, 9 April 2011

Soalan yang biasa saya terima

Soalan :

Kenapa pelancar yang saya hasilkan tidak mempunyai meter penyukat tekanan....

Jawapan :
Saya ada menghasilkan pelancar yang mempunyai meter walaubagimanapun semasa pengujian pelancaran, meter tersebut seringkali akan dimasuki titisan / wap air. Ini menyebabkan tekanan yang diukur tidak menepati bacaan yang sepatutnya ditunjukkan berbanding dengan menggunakan meter pada pam basikal.




Pelancar yang saya hasilkan juga direka untuk mengeluarkan air berlebihan yang terdapat di dalamnya setiap kali selepas pelancaran (air dikeluarkan melalui injap/valve air/angin keluar). Jadi air yang berlebihan tidak akan memasuki pam/meter semasa proses memasukkan angin.

Kedudukan injap angin masuk juga ada lah berada di atas semasa proses memasukkan udara bagi pelancaran roket sasaran. Ini dapat menghalang titisan air/wap air daripada memasuki pam/merosakkan meter pam.

Diharapkan dengan penjelasan ini, dapat membantu para guru/peminat membuat pemilihan pelancar yang baik untuk digunakan...

Jumaat, 8 April 2011

Peraturan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket Daerah Segamat 2011

Akan dimuat naik sedikit masa lagi.... sila berkunjung semula ke laman blog ini.

Kategori yang akan di pertandingkan:
R1 - Rekabentuk terbaik + buku idea
R2 - Sasaran
R3 - Payung terjun
R4 - Roket Payload

Semua roket dihasilkan disekolah masing2 dan di bawa semasa pertandingan.
harap maklum

muat turun di sini http://www.ziddu.com/download/14565637/SYARATakhirpertandinganroketair2011daearahnnegeri.docx.html

Selasa, 5 April 2011

Pembayaran kepada pembelian yang telah dibuat....

Asalamualaikum

Kepada mereka2 yg telah membeli dan menerima pelancar roket air, sila buat pembayaran dengan segera untuk mengelakkan kesulitan kepada bakal2 pembeli yang akan datang.....Jangan disebabkan anda, bakal2 pembeli yang lain akan menanggung akibatnya, apabila saya tidak lagi menerima pembayaran melalui ceks sekolah....

tkasih....

Ahad, 3 April 2011

A letter from water-rokets@yahoogroups.com

Sesuatu yang boleh dicuba dan dieksperimenkan oleh pelajar2....

To: water-rockets@yahoogroups.com
From: air.command@yahoo.com.au
Date: Thu, 31 Mar 2011 21:20:02 +0000
Subject: [water-rockets] 10 Challenges



Hi Guys,

I've been thinking about putting together a list of 10 tough water rocket challenges that would encourage broader innovation in the water rocket community. The main idea is that the challenges don't have complex rules, no judges, just very simple goals. The challenge achievements would be self-awarded purely on an honour system. It would be up to the individuals to choose how they interpret the few rules and how they present their achievements. Anyone can claim they have achieved a particular challenge, but without convincing evidence others in the community would probably remain skeptical.

There would be no ranking and no prizes awarded, though I was thinking that there could be a different badge for each challenge that people could put on their blogs or websites when they believe they have satisfied the spirit of a challenge.

I'm trying to exclude two specific challenges "Highest altitude" and "Longest hang time" as these are what most people concentrate on already. These 10 challenges are aimed at getting people thinking about designing their rockets and launchers in different ways.

Here are some ideas for a few of the challenges, but wanted to hear from others what people considered to be tough but achievable challenges. What should the challenges be?

In no particular order:

Precision - Fly a rocket that will not spin more than 90 degrees from launch to apogee. You can fly any water rocket you like, but will need show that it did not turn more than 90 degrees.

Accuracy - Land a rocket repeatably in the same spot. Or fly the same trajectory?

Durability - Fly a rocket 100 times without any repairs. Rocket must fly a minimum 100 feet on each launch that will be counted.  The rocket does not have to fly 100 times consecutively or even on the same day. Flights that don't reach 100 feet are not counted.

Power - Lift a 100Kg mass 10m.

Complexity - Launch a 5 stage rocket.

Speed - Launch the same rocket 10 times in 30 minutes.

Reusability - ?

Repeatability
-?


The idea is that the less rules there are the broader the approach people can take to achieve the challenge.

Time to put your thinking caps on, all comments and suggestions are welcome. :)


- George

Jumaat, 11 Mac 2011

MAKLUMAN.....

Saya akan pulang bercuti ke Besut,TRG dari 12 Mac - 18 MAc 2011, Sebarang urusan penghantaran pelancar roket air  hanya akan dapat dijalankan selepas 18 Mac. Walaubagaimana pun tempah pelancar masih berjalan seperti biasa. Sila SMS/email kepada saya untuk tempahan...013-7394353 / azmi.jaaffar@yahoo.com.my.

Isnin, 7 Mac 2011

Persembahan Power Point berkaitan dengan Roket Air

Kepada peminat2 roket air

kat sini ada persembahan powerpoint berkaitan dengan roket air, semoga ianya dapat membantu anda menerangkan teori/prinsip berkaitan dengan penerbangan roket air

Klik di sini untuk muat turun

tq

Pertandingan Roket Air Kat UTM Skudai Johor.....

Kepada yang berminat, sila ambik perhatian UTM Skudai johor akan mengadakan pertandinagan roket air paracut dan payload. Sila berhubungan dengan mereka jika berminat.....no hp nanti saya akan masukkan kat sini bila saya dapat hubungi mereka..... Kalau tak silap tarikh nyer pd 26/27 dan 28 Mac 2011 akan datang

tq

Ahad, 6 Mac 2011

Building a Model Rocket Parachute Recovery System

Author: By Dr. Jean Potvin
Parks College Parachute Research Group
This letter was written to a student interested in recovering his rocket with a parachute after the rocket's powered flight. The question was: "How large should the parachute be?"

We based our answer on the following design philosophy: Since rocket payload needs to be kept small, the parachute should be designed as small as possible. Also, using a small chute implies a more vertical and faster descent. In other words, using a large parachute usually leads to more horizontal drift due to winds aloft... i.e. more chances to lose the rocket in neighbor McNasty's backyard.

So how small should the parachute be? It depends on how much shock the rocket can take on landing since the faster the descent, the more risk for damage.

So here is the rest of the letter:

.....we can't answer your question about your deployment problems. We need more details (are you using solid rocket motors that are commercially available? ...usually these motors ingnite at the top for chute extraction once the thrust at the bottom has been exhausted).

Parachute design: how big the chute?
It depends on two factors:
payload + chute weight allowable
descent speed under parachute

Usually, you want the smallest (or lightest) chute to accomodate payload requirements. But, the smaller the chute the faster the descent. the harder the rocket hits the ground (...although it would not drift away from the drop zone as much during a windy day...).

To estimate the max descent speed your rocket can take under parachute, you could do this: drop the rocket (or an old prototype) from height "d" -without the parachute. The velocity reached when it hits the ground is given by


v = squareroot( 2 g d)
g = 32.17 ft/sec^2 (English units) or 9.81 m/sec^2 (Metric)

d= height in feet (English) or meters (Metric)

v = velocity in ft/sec (English) or m/sec (Metric)


The maximum drop height from which the rocket can be dropped without breaking determines the max parachute descent velocity. Once you have determined that max velocity, use the following formula to find out the chute's optimal surface area:


       2 W
S = -----------
      rho CD (v^2)


where
CD = parachute drag coefficient which is approx 0.75 for a chute without holes or slits cut in the fabric; same value in both Metric and English unit systems

rho at sea level =  0.00237 sl/ft^3 (English units) and 1.225 Kg/m^3 (Metric)

rho near 4000 ft or 1219 m above sea level =  0.00211 sl/ft^3 (English units) and approx. 1.07 Kg/m^3 (Metric)

W = weight of the parachute + load, in pounds (English) or Newtons (Metric)

v^2 = square of the vertical descent velocity,

where v is expressed in ft/sec (English) or m/sec (Metric)

S is the parachute's surface area when measured on a flat surface,

in ft^2 (English) or m^2 (Metric).



What is the diameter of the chute when it lays flat on the floor (assuming that it is a circular piece of fabric)?

diameter = 2 squareroot of (S / 3.1416)

To improve on the stability of the chute during descent it would be a good idea to cut a hole (covering about 10 percent of surface area) at the apex of the canopy. That way the rocket won't oscillate too much and the descent will follow a straight line.

There are other designs to improve stability besides cutting a vent at the apex, see article by Dr. C. W. Peterson in Physics Today, August 1993 The magazine Physics Today can be found at university and college libraries.


Making a model rocket parachute

Constructing a model rocket parachute is very simple: just cut a piece of fabric in the shape of a circle. The fabric type (for experimental/toy parachutes only of course!) can be 1. cut from a plastic garbage bag (which is OK but won't last very long and will puncture easily, or even better, 2. the nylon fabric used on tents. (Real parachutes use a reinforced version of that nylon).



For detailed info about parachute design and rigging:

D. Poynter, The Parachute Manual-Vols 1&2, Para Publishing, Santa Barbara, CA

T.W. Knacke, Parachute Recovery Systems Design Manual, Para Publishing, Santa Barbara, CA

Also, see the following web page:

Aerodynamic Decelerator Technology

Isnin, 7 Februari 2011

Penyambungan 2 botol 1.5 L

Salam 1 Msia

Ramai yang bertanyakan saya bagaimana kita dapat menyambungkan 2 botol untuk dijadikan badan roket air. Kalau anda mengikuti blog ini, ada 1 artikel yang saya tunjukkan bagaimana kita dapat menyambungkan 2 botol untuk dijadikan badan roket menggunakan teknik pemyambungan injap.

Selain daripada teknik penyambungan injap di bawah ini merupakan satu lagi teknik yang dapat digunakan iaitu teknik 'splicing'. Teknik ini saya perolehi daripada group perbincangan roket air. Untuk keterangan lebih lanjut sila lawati laman web ini.

http://wrockets.trib-design.com/index.php?project=nick&page=splicing

Video:
http://www.youtube.com/watch?v=Fkt51EHTK6g
http://www.youtube.com/watch?v=Fkt51EHTK6g&feature=related



Penerangan yang lebih lanjut, sila download artikel di bawah :

Download di sini

Semoga dapat membantu.......tq

Ahad, 6 Februari 2011

permohonan maaf

Kepada cg habibah ujang,

Ana mintak maaf byk2 sebab tertinggal injap angin keluar dan air keluar. Ana akan hantar secepat mungkin injap tersebut dan mintak jasa baik Anti utk pasangkan/gam kan injap tersebut pada pelancar yang sudah dihantar...... mungkin hari 2 kelam kabut nak cepat hantar sampai tertinggal alat yg sang penting tu....sori......

Selasa, 25 Januari 2011

video cara untuk memasang pelancar roket air

Salam 1 malaysia,

Pautan di bawah merupakan video yang menunjukkan cara untuk memasang pelancar roket air yang dijual. Semoga ianya dapat membantu mereka yang membeli pelancar roket air tersebut daripada saya

sila muat turun di sini:
http://www.ziddu.com/download/8909001/caramemasangpelancarroketair.WMV.html


terima kasih,

Cara penggunaan pelancar roket h2o

Botol yang boleh digunakan sebagai badan roket h2o adalah apa saja jenis botol minuman bergas 1.5 L. cth 100 plus, merinda, coke, dll

Langkah2 penggunaan pelancar roket h2o.

1. Masukkan air ke dalam botol yg di jadikan badan roket h2o ( kebiasaanya 1/3 drpd isipadu botol)
2. Masukkan mulut botol pada pemegang botol sehingga bahagian bawah pemegang botol


3. Pastikan kabel plastik memegang bahagian mulut botol dgn kemas


4. Naikkan pengunci botol sehingga tidak kelihatan kabel plastik yg memegang mulut botol




5. Masukkan angin/pam sehingga mencapai 60 psi/ 4 bar (pam yg digunakan mesti yang mempunyai meter pengukur tekanan)
6.Turun kan pengunci botol ke bawah supaya bdn roket dapat terbang ke hadapan @ ke atas.

tq

azmi j
Terdapat ralat dalam alat ini