iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Khamis, 14 Oktober 2010

Perbengkelan Roket H2O bagi pelajar2 ting 3 2010

Salam 1 malaysia.

Hari yang sungguh memenatkan melayan kerenah 58 orang pelajar2 Tingkatan 3 yang terlibat dengan bengkel Roket H2O (Aktiviti selepas peperiksaan PMR). Walaubagaimana pun dalam jangka waktu 8 pagi hingga 11.45 pagi Pelajar2 tersebut telah dapat menyiapkan 2 jenis roket yang dibengkelkan kepada mereka iaitu roket h2o sasaran dan roket h2o payung terjun.

Pada pukul 12 tgh hari, aktiviti pelancaran roket yang telah dihasilkan di padang bola jaring sekolah telah berlangsung. Semua pelajar bergembira dengan hasil ciptaan mereka walaupun hanya 1 daripada 8 kumpulan pelajar yang telah berjaya mengembangkan payung terjun bagi roket mereka....yang lain semua roket dan payung terjun menjunam ke bumi dengan dasyat sekali......

Bagi roket sasaran....sebahagian besar kumpulan pelajar dapat mensasarkan jarak melebihi tiang gol bola sepak sekolah (70-100 m). Walaupun dalam keadaan roket yang kurang stabil dan berpusing2.
Pelajar2 diberi masa untuk mengadakan latihan dan memperbaiki prestasi roket H2O masing2 selama seminggu sebelum pertandingan berlangsung iaitu pada hari khamis 21 Oktober 2010 nanti. 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini