iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Isnin, 25 Oktober 2010

Gambar semasa Gimik Perasmian Penutup Karnival IKTIRAF 2010

Alhamdulillah, program pelancaran roket h2o sempena gimik perasmian penutup Karnival IKTIRAF 2010 berjalan dengan lancar. Tahniah cg ucapkan kepada 6 orang pelajar yang terpilih untuk melancarkan roket pada hari tersebut..

walaupun roket payung terjunnya yang dibuat daripada kain bendera kurang cukup tinggi meluncur ke udara tetapi ketiga-tiga nya dapat mengembangkan payungnya sebagaimana yang diharapkan......ini lah bahagian yg cukup cg risaukan takut payung tak terbuka semasa pelancaran....

Sekali lagi tahniah untuk semua yang terlibat...



Terima kasih,

Ahad, 24 Oktober 2010

Gimik Perasmian Penutup Program IKTIRAF 2010

Pada hari ini kelab Roket H2O SMK Maokil telah dijemput untuk membuat persembahan semasa perasmian penutup Karnival IKTIRAF (Ikatan Hati Warga Felda) anjuran belia wilayah Segamat di padang awam Maokil.



Apa yang kita rancangkan ialah VVIP akan menarik tali yang disambungkan kepada pelancar semasa acara perasmian penutup dan ada lagi gimik lain....nak tengok datang maokil...heheheh3x

Berdebar2 rasanya nie takut apa yang dirancangkan tidak berjalan dengan lancar...cg harap 6 orang peserta yang terpilih dapat menjalankan tugas mereka dengan jayanya

hidup kelab roket h2o....anda semua boleh lakukan....


Video pertandingan pelancaran roket h2o - aktiviti selepas peperiksaan PMR 2010

Berikut merupakan video pelancaran roket sasaran dan payung terjun semasa pertandingan berlangsung.
harap bersabar...ada masalah utk dimuatnaik, nanti kalau dah dpt muatnaik cg akan letak kat sini.

video 1 roket sasaran

Video 2 roket payung terjun


video 3 roket payung terjun

gambar2 slide show semasa pertandingan berlangsung

Sabtu, 23 Oktober 2010

MEKANISMA AKTIF PEMBUKAAN PAYUNG TERJUN MENGGUNAKAN BELON UDARA

(Mekanisma ini di hasilkan melalui pembacaan pengarang daripada artikel yang dihasilan oleh Gary Ensmenger)

Langkah 1Sediakan muncung roket h2o anda daripada potongan botol minuman bergas 1.5 L

Langkah 2
Tiupkan satu belon udara agar saiznya muat untuk dimasukkan ke dalam muncung roket h2o yang anda sediakan tadi

Maklumat penting – Bahagian tepi muncung perlu dilubangkan iaitu pada bahagian bawah daripada kedudukan belon. Ini akan memberikan pengudaraan yang cukup bagi muncung untuk terpisah secara bebas pada puncak ketinggian, juga akan menghasilkan tekanan rendah di dalam muncung kerana udara akan disedut keluar semasa pelancaran dan akan melambatkan muncung daripada terpisah awal .

Berapa banyak lubang perlu dihasilkan bergantung kepada saiz dan bentuk belon anda, di sini memerlukan anda membuat eksperimen untuk menghasilkan satu muncung yang benar2 akan terpisah daripada badan roket ketika sampai kepuncak ke tinggian.


Langkah 3
Masukan belon tadi seperti gambar di bawah


Langkah 4
Lipat payung terjun yang akan di masukkan ke dalam muncung roket h2o anda dan letakkan di bahagian yang kosong di bawah belon yang anda masukkan tadi.


Langkah 5
Roket h2o anda siap sedia untuk dilancarkan, Apabila roket h2o anda dilancarkan muncung akan tertekan ke bawah. Apabila roket h2o mencapai puncak ketinggian belon akan kembali semula ke bentuk asal dan akan menolak muncung ke atas. Ini akan menyebabkan muncung akan terpisah daripada badan roket h2o anda. Akhirnya payung terjun akan mengembang di udara.



Selamat mencuba........ jika berjaya hantar kan gambar2 utk dikongsi dengan pembaca2 yang lain.....

Khamis, 21 Oktober 2010

Keputusan Penuh Pertandingan Roket H2O tertutup Menengah Rendah SMK Maokil dan Jemputan Sekolah Rendah Tahun 2010

Tarikh Pertandingan : 20 - 21 Oktober 2010

Tahniah kepada pemenang......pelajar2 smk maokil dan pelajar2 SK maokil 2

Jarak sasaran yang di pertandingkan ialah 90 m
Kategori Roket Sasaran: (Jarak dari pusat bulatan)
1. Kumpulan Bedal je....(2.94m)
2. Kumpulan Maokil 2B (SK Maokil 2)...(3.07m)
3. Kumpulan Upworld....(3.54m)
4. Kumpulan carlie Crew...(3.58m)

Kategori Roket Payung Terjun
1. Kumpulan islamiah....(1 minit 15.87 saat)
2. Kumpulan AK dan AC...(43.81 saat)
3. Kumpulan Maokil 2A (SK Maokil 2)...(39.06 saat)
4. Kumpulan Bedal je....(35.12 saat)

Johan Keseluruhan Pertandingan Roket H2O 2010
Kumpulan Bedal je......
tahniah, hadiah akan diberikan apabila hadiah yg telah ditempah oleh GPK sampai ke sekolah

Kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi pada tahun hadapan...insyallah pertandingan akan diadakan sebelum Festival Sains dan Teknologi peringkat daerah berlangsung....

Gambar2 semasa pelancaran roket h2o- aktiviti selepas PMR 2010

Alhamdulillah, pada tahun ini sekali lagi pertandingan roket h2o bagi pelajar2 menengah rendah telah berjaya dilangsungkan. Pelajar2 menengah rendah telah berjaya menghasilkan roket h2o yang dapat terbang melebihi jarak 100m.

(Nak lihat Gambar2 yang lain...klik di sini)


Sebahagian peserta perempuan yang menyertai pertandingan roket h20 2010

Yang berbaju gelap tu....yg ayu....tuuu ..juru gambar semasa pertandingan berlangsung...tq ika..

takut nak tengok....sampai sakit leher.....

Begitu tekun.....jangan melepasi 60psi yaa.....



Cg Aizawani dan gang sorak..........tq

Semasa pertandingan ini diadakan, kami juga telah menjemput 2 pasukan terbaik SK Maokil 2 semasa perbengkelan roket tempoh hari untuk sama2 terlibat dalam pertandingan roket menengah rendah

 Cg rosli and the gang....

Gang sekolah rendah SK maokil 2 dan juga....baju kuning harimau (Cg Ayob- tq sbb tolong menguruskan pertandingan) dan baju merah kat tgh (penganjur) 

Keputusan pertandingan roket menengah rendah 2010 cg akan upload kan sedikit masa lagi harap bersabar....ya.

Selasa, 19 Oktober 2010

Perbengkelan Roket H2O di SK Maokil 2

Salam 1 Msia,

Tahniah cg ucapkan kepada peserta2 bengkel Roket h2o SK Maokil 2 yang telah berjaya menghasilkan 2 roket h2o iaitu roket sasaran dan roket paracut bagi setiap kumpulan dalam jangka masa 3 jam perbengkelan. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kpd 9 orang pelajar ting 3 dan 4 smk maokil yang menjadi fasilitator semasa perbengkelan tersebut berlangsung.

(gambar)  http://picasaweb.google.com/roketh2o/BengkelSKMaokil22010#5529761147618267458

Secara umumnya peserta2 perbengkelan pada tahun ini menunjukkan minat yang tinggi untuk menyiapkan roket h2o masing2 dengan dibantu oleh fasilitator yang begitu bersungguh membantu adik2 sekolah rendah.

Pada akhir sesi perbengkelan sebanyak 16 roket h2o telah berjaya disiapkan iaitu 8 bagi kategori roket h20 sasaran dan 8 lagi bagi ketagori roket h2o payung terjun. Semasa pelancaran roket dilakukan kesemua roket sasaran yang dihasilkan berjaya melepasi jarak 80 m dan bagi roket payung terjun hanya 2 roket sahaja yang bermasalah tidak berjaya mengembangkan payung terjun di udara. Ada satu kumpulan pelajar yang berjaya menghasilkan roket payung terjun yang terbang di udara menghampiri 1 minit.

Tahniah cg ucapkan kpd semua pelajar yang terlibat dan juga fasilitator.

Tahniah juga diucapkan kepada Cg Rosli dan Cg Haslizan SK Maokil 2, penyelaras program selepas peperiksaan UPSR kerana menganjurkan program ini. Semoga semuanya akan mendapat manfaat. Tahun depan jika ada permintaan cg akan kembali semula ke SK Maokil 2 untuk perbengkelan roket bagi tahun ke 3, Insyallah.....

Kepada 3 pasukan Terbaik SK Maokil 2 bersedia untuk pertandingan roket h2o kali ke 2 di padang SMK Maokil pada petang hari rabu 20/10/2010 dan pagi khamis 21/10/2010.

Isnin, 18 Oktober 2010

Payung Terjun lipatan Tepi

Salam 1 M'sia

Hari ini saya ingin memperkenalkan satu cara lain bagi menghasilkan payung terjun bagi roket air anda iaitu payung terjun lipat tepi.
Payung terjun lipatan tepi adalah satu kaedah yang paling senang untuk menghasilkan payung terjun. Kaedah ini paling sesuai dilakukan bagi mereka2 yang baru menceburi dalam bidang roket air. Berikut merupakan langkah2 untuk menghasilkannya.

Langkah 1
Sediakan pastik sampah yang besar dan nipis yang berbentuk segiempat sama.

Langkah 2
Lipat pada setiap penjuru plastik sampah tersebut dan gamkan lipatan tersebut menggunakan gam yang sesuai seperti gambarajah di bawah.

Langkah 3
Apabila gam sudah kering, Pasangkan tali bagi setiap penjuru yang telah dilipat tadi


 
Hasilnya



Selamat mencuba.....

Khamis, 14 Oktober 2010

Perbengkelan Roket H2O bagi pelajar2 ting 3 2010

Salam 1 malaysia.

Hari yang sungguh memenatkan melayan kerenah 58 orang pelajar2 Tingkatan 3 yang terlibat dengan bengkel Roket H2O (Aktiviti selepas peperiksaan PMR). Walaubagaimana pun dalam jangka waktu 8 pagi hingga 11.45 pagi Pelajar2 tersebut telah dapat menyiapkan 2 jenis roket yang dibengkelkan kepada mereka iaitu roket h2o sasaran dan roket h2o payung terjun.

Pada pukul 12 tgh hari, aktiviti pelancaran roket yang telah dihasilkan di padang bola jaring sekolah telah berlangsung. Semua pelajar bergembira dengan hasil ciptaan mereka walaupun hanya 1 daripada 8 kumpulan pelajar yang telah berjaya mengembangkan payung terjun bagi roket mereka....yang lain semua roket dan payung terjun menjunam ke bumi dengan dasyat sekali......

Bagi roket sasaran....sebahagian besar kumpulan pelajar dapat mensasarkan jarak melebihi tiang gol bola sepak sekolah (70-100 m). Walaupun dalam keadaan roket yang kurang stabil dan berpusing2.
Pelajar2 diberi masa untuk mengadakan latihan dan memperbaiki prestasi roket H2O masing2 selama seminggu sebelum pertandingan berlangsung iaitu pada hari khamis 21 Oktober 2010 nanti. 

Powerpoint slide show : How to build simple water rocket // persembahan power point : Bagaimana membina roket air yang ringkas

POWER POINT SLIDE SHOW INI TELAH SEDIA UNTUK DI MUAT TURUN, SILA BUAT PEMBAYARAN JIKA BERMINAT.

(Special /khas)

For Teachers or water rocket fans //
Utk guru2 atau peminat2 roket air

Download power point show to know how to build a simple water rocket //
Muat turun persembahan 'powerpoint' di bawah untuk mengetahui bagaimana membina roket air

Part 1 (new)/Bahagian 1 terkini  - 19 slide

Part 2 (new)/ Bahagian 2 (samb) terkini - 16 slide

Makluman terkini

Part 3 (new)/Bahagian 3 (samb) terkini - 19 slide

Part 4 (new)/Bahagian 4 (samb) terkini - 13 slide

Part 5 (new)/Bahagian 5 (samb) terkini - 21 slide

Part 6 (new)/Bahagian 6 (samb) terkini - 21 slide

Part 7 (new)/Bahagian 7 (samb) terkini - 30 slide

Part 8 (new)/Bahagian 8 (samb) terkini - 7 slide

Part 9 (new)/Bahagian 9 (samb) terkini - 17 slide

be happy making your own water rocket // selamat menghasilkan roket h2o anda sendiri...

Nota:

Anda hanya boleh memuat turun bahagian 1 & bahagian 2 shj secara percuma, bhg 3 - bhg 8 memerlukan sedikit sumbangan anda sebanyak RM30 (harga promosi) bg mempertingkatkan laman blog ini, harap maklum.

Harga ini akan dinaikkan setelah powerpoint slide show ini berjaya di muat turun oleh 10 orang. Jadi bertindaklah sekarang untuk mendapatkan harga promosi ini.

Dengan RM30 tersebut anda bukan sahaja akan dapat memuat turun 9 bhg powerpoint slide show tetapi anda juga akan memperolehi 3 buah ebook(b. Inggeris) yang dikarang oleh pakar secara percuma // (for free) berkaitan dengan roket air iaitu:

1. Introduction to water rocket // Pengenalan kpd roket air ( 47 halaman / format pdf )

2. Water rocket handbook // Buku nota roket air ( 137 halaman / format pdf)

4. Model Rocketry Technical manual (16 halaman / format pdf)

Powerpoint shows ini sesuai digunakan oleh guru2 penasihat kelab rekacipta/roket sekolah untuk perbengkelan kepada ahli kelab / pelajar2 tentang asas bagaimana menghasilkan roket H2O ataupun untuk persediaan pelajar2 kepada pertandingan teknologi pelancaran roket H2O. Terdapat lebih kurang 163 slide yang disertakan dengan gambar-gambar dan penerangan ringkas bagi setiap gambar.

Tajuk2 yang dibincangkan dalam power point slide show ini ialah seperti di bawah:

1. PENGENALAN

2. OBJEKTIF

3. KONSEP / TEORI

4. BAGAIMANA MEMBINA ROKET H2O
    a. PERALATAN
    b. MUNCUNG (NOSE CONE)
    c. BADAN
    d. SAYAP
    e. REKABENTUK ROKET SASARAN / JARAK JAUH
    f. ROKET PARACUT / PAYUNG TERJUN
    g. PELANCAR ROKET RINGKAS

4. LANGKAH2 KESELAMATAN

5. TIP UNTUK PERTANDINGAN (bahasa Inggeris)

 
Anda tidak perlu membazirkan masa menyediakan bahan dan hanya perlu download powerpoint show dan tayangkan kepada peserta. Powerpoint shows ini dibuat dengan menarik untuk memberi kefahaman kpd peserta2 yang langsung tiada asas kepada roket air. Anda juga akan memperolehi 3 buah ‘ebook’ (english) secara percuma berkaitan dengan roket h2o yang dihasilkan oleh pakar yang sudah lama membabitkan diri dengan ‘water rocket’. Buku ini tiada dijual dipasaran dan hanya boleh diperolehi dilaman blog ini sahaja.

Terima kasih

Ahad, 10 Oktober 2010

physics demonstrations

Found these physics demonstrations that include water rocketry physics.



Newton's 3rd law Part 1:

http://www.youtube.com/watch?v=PZVhhB12QXI


Newton's 3rd law Part 2:

http://www.youtube.com/watch?v=X95Yk9y5Pqc


Center of Gravity Part 1:

http://www.youtube.com/watch?v=vYbBakL9Cj8


Center of Gravity Part 2:

http://www.youtube.com/watch?v=3CBuoe9iCQI


So much to look at, so little time.