iklan1

Perhatian : Pelancar roket air dan CD powerpoint slide show boleh di tempah sekarang….Sila hubungi saya untuk maklumat harga dan penghantaran - 0137394353/azmi.jaaffar@yahoo.com.my *******Bermula 1/1/2017 harga pelancar adalah RM150 tidak termasuk kos penghantaran, harap maklum .....Tempahan untuk tahun 2017 dibuka sekarang....

Rabu, 14 Oktober 2009

Diari Program Penggalakkan Sains SK Bukit Hampar Segamat



Alhamdulillah, pada hari ini cikgu telah dijemput untuk bersama-sama pelajar darjah 6dan guru2 dalam program penggalakkan Sains untuk pelajar-pelajar. Semasa program ini berlangsung cikgu diminta untuk menerangkan kepada para pelajar tentang bagaimana untuk membina roket air sasaran dan roket air paracut.



Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan para pelajar telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan diminta membina samada roket air sasaran atau roket air paracut. Semua pelajar menunjukkan minat yang tinggi untuk membina roket masing-masing. Pada pukul 12.00 tgh semua kumpulan telah berjaya menyiapkan roket masing-masing.



Pelancaran dijalankan di padang SK Bukit Hampar pada pukul 12.00 - 1.00 tgh hari. Semua pelajar yang menyertai program ini telah berjaya melancarkan roket masing-masing. Objektif program ini telah dapat dicapai.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Pertanyaan anda akan dijawab..sila kembali semula ke blog ini